Menyusur Infiniti

Mahu Beraya
Saya tidak tahu kenapa saya boleh tersesat di sini dan menulis sesuatu pada hari ini. Bukan kerana saya tidak ada apa yang hendak diperbuat sambil-sambil menunggu cuti dengan mood kerja yang tidak bersisa. Tentu tidak, saya bukan seperti itu. Mood kerja saya boleh hilang bila-bila masa tidak semestinya menjelang cuti raya sahaja. Sementelahan pula saya tidak mengambil cuti lebih daripada yang diberikan kalendar.

Sebenarnya saya tertarik membaca cadangan daripada pembaca akhbar Utusan dalam ruangan Forum, yang mana inilah ruangan paling saya minati dalam akhbar ini. Ada waktunya, kita akan dapat surat yang betul-betul menghiburkan di ruangan ini.

Seperti yang boleh dibaca di sini, saya tumpang bersetuju dengan pendekatan sesetengah pihak yang tidak suka dengan amalan memberi duit raya. Oleh kerana sewaktu masih anak-anak saya tidak berpeluang mengumpul duit raya sebanyak anak-anak yang lain, jadi saya tidak rasa bersalah jika tidak memberi duit raya kepada anak-anak yang wujud di depan saya setelah saya dewasa – termasuk anak kepada orang yang pernah memberikan duit raya kepada saya dahulu.

Jadi, memberikan hadiah sebagai ganti duit raya tidak kiralah sama ada buah tangan, cenderahati, buku, rantai kunci, kuih raya dalam sampul, pulut kuning atau apa sekalipun, setidaknya itu boleh mencerminkan satu budaya memberi yang lebih murni. Membebaskan juga fikiran dan kefahaman anak-anak daripada jajahan mentaliti kapitalis yang memandang ringgit dan sen melebihi nilai pemberian. Tentu menarik kalau anak-anak berbondong-bondong pergi ke rumah yang berlainan untuk mengumpul ole-ole daripada bermotifkan mengumpul pendapatan.

Ada tuan rumah yang kata mahu gantung sampul duit di pagar sahaja sebab kanak-kanak datang beraya tidak mahu makan atau minum sambil menunggu mahu bersalam. Oh, itu halnya tuan rumah. Belum masuk halnya anak-anak pula yang memang mahu bersalam di pintu saja tak mahu masuk. Tak larat kata mereka. Begitu penangan wang ringgit kepada kanak-kanak kecil. Oh!

Kalau majlis kahwin boleh kreatif menempah door gift yang tidak boleh sama dengan kenduri jiran sebelah tahun lepas, apa salahnya berkreatif menempah (atau buat sendiri pada waktu lapang) door gift untuk anak-anak yang datang beraya. Untuk anak saudara mara, bolehlah dicari ole-ole yang lebih nilainya sebagai membalas jasa ibu bapa datuk nenek mereka yang berikan duit raya waktu kita kecil-kecil dulu.

Habis bercerita panjang perihal mengelak mahu beri duit raya, maka saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang pernah hadir ke blog ini. InsyaAllah, jika rajin saya akan menulis lagi di sini dan ukhuwah yang pernah terjalin antara saya dan para pembaca eloklah kita mekarkan semula.

Selamat menikmati hari-hari Ramadhan yang berbaki dan mohon maaf atas sebarang kesilapan.

Sejadah Cinta
SUDAH tentu sebab pertama saya memuat turun tujuh episod Cinta Tikar Sejadah ialah kerana pelakon wanitanya, Rafidah Ibrahim – gadis yang anda boleh google untuk lihat bagaimana rupanya jika anda belum mengenalinya. Sebab kedua kerana saya tidak melanggan Astro.

Saya tidak lihat jalan cerita drama bersiri ini sebagai tersusun elok dan banyak trivia yang boleh dicungkilkan jika mahu, dan saya tidak mahu. Yang kita lihat tidak kena, kita cuba buat-buat faham dan ketepikan sahajalah sekejap kerana mesej yang mahu disampaikan duduknya lebih atas daripada ketersusunan jalan cerita. Ya, mesejnya baik sekali.

Saya suka Bob Lokman sebagai Tok Ba dengan kebersahajaannya. Bob yang saya kenal adalah seorang pelakon komedi, yang mana saya mengenali pelakon komedi di Malaysia dengan perkenalan yang negatif. Oh, kita perlukan lebih ramai pelakon komedi yang mampu berhumor secara dewasa. Jenaka tanpa ilmu dan halatuju hanya layak digelakkan oleh kanak-kanak, dan ramai pelakon komedi di Malaysia mampu berjenaka seperti ini dengan begitu baik sekali. Tetapi tidak Bob dalam siri ini.

Bob sebagai seorang datuk yang memainkan peranan penting sebagai asas kepada cerita, santai berhumor pada tempatnya dan pandai membawakan skrip berisi lewat kebersahajaannya, seperti Bob yang selalu-selalu kita kenal. Tok Ba akan serius dalam babak-babak yang memerlukannya serius, bermain dengan perasaan dan menuturkan baris nasihat.

Dalam menyindir, Tok Ba lebih hebat. Haji, haji, haji Jali (dia pergi Mekah tiga kali), anak saudara Tok Ba dibawakan dengan begitu menjadi oleh Hamdan, dalam jenaka yang tidak terasa. Yang dirasai cuma pedasnya sindiran Tok Ba, daripada loba dan serakahnya mainan perkataan Jali setiap kali babak mereka bertemu. Oh, sungguh sinikal.

Tema yang dibawakan dalam siri ini bukanlah satu tema yang berat pada kira-kira saya. Tema yang boleh wujud dalam mana-mana cerita Melayu pun – anak yang tidak menjadi, kegagalan institusi kekeluargaan, kampung Melayu dengan gadis yang sopan, kerakusan kepada harta pusaka, orang tua yang diabaikan, cinta yang pura-pura malu tapi mahu, semua itu sudah banyak kita lihat dalam drama Melayu sejak dahulu kala.

Tidak ada yang luar biasa dalam drama ini, selain daripada tajuknya. Ya, tikar sejadah pun ada cinta. Pelik tetapi tidak begitu pelik jika itu judul itu diniatkan untuk menggambarkan bahawa itu adalah cerita berkonsepkan islami, dan ia sebuah cerita yang santai bersulam jenaka. Melucukan bukan, jika tikar sejadah digandingkan dengan cinta? Bagaimana pula dengan Cinta Kopiah? Saya pernah tonton drama bersiri Indonesia beberapa tahun lepas, Demi Masa yang dilakonkan dengan sebegitu lancar oleh Deddy Mizwar. Ataupun mungkin juga dalam Kiamat Sudah Dekat, konsep yang sama digunakan di sini.

Watak seorang tua yang alim, dengan barisan anak muda yang jahil, dididik dengan penekanan unsur agama secara santai dan humor. Maksud di sini, wataknya yang penuh humor, bukan ajarannya. Setidaknya, kesantaian dan jenaka yang dihasilkan menarik minat penonton untuk mendengar kalimah-kalimah agama dalam lapisan kata yang tidak terasa. Ah, cerita agama yang berat-berat kadangkala disasarkan untuk orang yang mampu duduk di depan televisyen untuk dengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam sahaja. Mereka ini mampu ke masjid untuk belajar agama. Jadi pembikin drama yang mahu mendidik perlu lebih peka bahawa sasaran dakwahnya adalah golongan yang berat perhatiannya kepada televisyen, yang tidak mampu mendengar kuliah di masjid.

Saya bersetuju dengan pendekatan drama santai bermesej seperti ini, malah berharap cerita-cerita berunsurkan Islam dalam gaya hidup semakin mendapat tempat di hati para pembikin drama dan filem.

Oh ya, saya tidak mengulas tentang hero dan heroinnya. Ah, kerana watak itu lemah. Pelakonnya baik, tetapi wataknya tidak begitu mengesankan. Siti Zulaikha mungkin jadi perhatian kerana estetika raut wajahnya, dan mungkin juga Hezry boleh berkongsi sebab yang sama. Sebenarnya tidak banyak boleh diharapkan daripada watak gadis dan jejaka kerana secara tipikal, saya boleh teka mereka akan pura-pura tak suka tetapi kemudian kahwin dan berbahagia. Itulah piawainya cerita Melayu, bukan? Kita tunggu sampai episod akhir.

Ancaman Fahaman Melalui Bahasa
DALAM salah satu rencana akhbar Utusan, ada diselitkan isu-isu daripada akhbar Cina. Baik juga dibuat ikhtisar sebegini berkenaan isu-isu yang dikupas dalam akhbar-akhbar Cina atau Tamil. Setidaknya rakyat Malaysia yang tidak ada kemahiran dalam dua bahasa yang luas penggunaannya itu dapat mengetahui sedikit sebanyak bahan yang diberitakan dan dipolemikkan.

Yang menarik perhatian saya ialah respon penulis artikel dalam akhbar tersebut (seperti yang diberitakan oleh pengarang Utusan) terhadap soalan menteri bertanggungjawab, “Kenapa baru sekarang mahu gunakan bahasa Melayu dalam ajaran agama sedangkan selama ini gunakan bahasa Inggeris atau bahasa tempatan?” Ini berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Jawapan mudah penulis itu ialah sebuah kata pukul yang sesiapa sahaja pun boleh gunakan buat membenarkan tindakan sendiri, iaitu ini hasilnya apabila kerajaan yang mahukan semua rakyat Malaysia gunakan bahasa Melayu. Lebih tepat lagi, kerajaan yang dimaksudkan penulis itu merujuk kepada golongan ahli bahasa dan segelintir pemimpin yang serius mahu bahasa kebangsaan diperkasa dan seterusnya dikuasai oleh banyak golongan yang mana secara ironinya gagal berbahasa Melayu (atau sebut sahaja bahasa Malaysia) padahal berbumikan Malaysia sekian usia.

Bangsa Melayu itu sendiri secara dasarnya tidak wujud tanpa peranan Islam dalam intipati budaya dan amalan. Begitu dominan Islam dalam ruh bangsa Melayu (di sini, bukan semestinya orang Melayu secara realitinya) sehingga jika tidak Islam maka tiadalah Melayunya walaupun bernama Melayu dan beradat Melayu. Maka jika begitu halnya kepada bangsa Melayu, suka saya mengingatkan kepada semua saudara Melayu-Islam bahawa bahasa Melayu itu adalah satu daripada alat yang paling sesuai buat digunakan demi kepentingan Islam.

Bahasa Melayu bukan bahasa Islam, dan bahasa Arab juga bukan digunakan hanya untuk Islam. Malah, bahasa boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan golongan apa pun untuk apa tujuan sekalipun. Tetapi dalam bahasa Melayu, kosa katanya yang terbentuk daripada ruh keislaman masyarakat Melayu sejak dulu menjadikan bahasa Melayu kaya dengan berbagai istilah yang dekat dan rapat dengan agama Islam. Malah istilah yang bukan asalnya dari Arab pun banyak digunakan secara nyata untuk subjek-subjek berkaitan Islam dalam bahasa Melayu.

Akan tetapi, saya tidak pasti sama ada benar atau tidak Melayu mudah lupa, sehingga kini kita semakin banyak melihat usaha ‘menginggeriskan’ bahasa Melayu dengan pinjaman perkataan yang semakin lama semakin Inggeris demi menyesuaikannya dengan istilah asal dalam bahasa Inggeris. Ini membuatkan bahasa Melayu yang dipinggirkan banyak istilah asalnya kelihatan lebih moden dan mudah diterima oleh golongan Melayu moden dan golongan bukan Melayu.

Saya sendiri tiada masalah jika badan berwajib mahu bertindak mencipta istilah yang berbunyikan Melayu, tidak kisahlah didasarkan kepada apa-apa perkataan lain pun bilamana berhadapan dengan istilah bahasa asing yang belum ada kosa katanya dalam bahasa Melayu. Namun kita mengambil langkah mudah, ditukarkan sahaja beberapa huruf dengan mengekalkan perkataan asal lalu perkatan itu dijadikan perkataan baharu dalam bahasa Melayu moden.

Ini yang saya lihat banyak menyumbang kepada penghakisan unsur asal Melayu (yang tidak semestinya tradisional) dalam bahasa Melayu sehingga bahasa itu sendiri menjadi semakin sesuai digunakan untuk tujuan agama selain Islam. Namun begitu, saya tidak salahkan sifat bahasa yang wajib menerima perkataan-perkataan baharu ataupun pinjaman atas dasar pengembangan bahasa. Benar, saya yang bukan ahli bahasa ini pun faham apa-apa bahasa pun perlu bersifat dinamik demi kelangsungan dan survivalnya merentas zaman.

Cuma saya ingin membawa satu sudut pandang bahawa bahasa Melayu yang sejak dahulu dibentuk dengan sekian banyak unsur Islam dalam istilahnya, kiasannya, peribahasanya dan lain-lain aspek yang berkaitan, sangatlah wajar dikekalkan konsep keislamannya itu demi mengekalkan fungsi bahasa Melayu sebagai alat dakwah yang berkesan untuk agama Islam. Kegagalan kita golongan Melayu-Islam memahami keadaan ini akan membuka ruang kepada golongan bukan Melayu-Islam untuk menggunakan bahasa Melayu demi kepentingan agama masing-masing. Nah, sekarang siapa yang rugi?

Alasan yang digunakan seperti penulis akhbar Cina itu memang utuh kalau didasarkan kepada usaha kebangsaan untuk memperkasakan bahasa Melayu. Ya, memang kita mahu bahasa kebangsaan digunakan seluasnya, ke seluruh pelusuk negara dan masyarakat, meliputi semua bidang dan urusan. Akan tetapi apabila masuk isu pengembangan agama, kita kelu. Kita mahu masyarakat Sabah dan Sarawak berbahasa Melayu tetapi secara berlapik, menghalang usaha merakyatkan bahasa dalam aspek kehidupan mereka, di sini merujuk kepada aspek beragama.

Pada saya cukup mudah. Kita simpan dahulu isu sama ada boleh atau tidak kalimah Allah digunakan orang bukan Islam di dalam peti fikiran ahli yang layak berwacana tentangnya. Kita lihat sahaja daripada sorotan penggunaan bahasa dahulu. Jika masyarakat Melayu-Islam (yang harap-harap belum mudah lupa) sedar akan tanggungjawab mengekalkan unsur keislaman bahasa Melayu, dan secara terus menerus menggunakan bahasa Melayu dengan niat dakwah Islamiah maka isu penggunaan bahasa Melayu untuk agama lain secara sendirinya tidak akan bertunas.

Tentu tiada yang mahu menggunakan bahasa Melayu yang berbumbukan zat keislaman apabila berbicara tentang agama lain. Atau setidaknya, penggunaan bahasa Melayu dalam aspek agama selain Islam akan secara sendirinya menjadi sukar dan tidak praktikal kerana terlalu pekat bau-bau Islam yang melekat dalam setiap aspek kebahasaannya. Tetapi sebaliknya, jika nilai keislaman ini tidak dijaga dan dipelihara dengan membawa membawa masuk begitu banyak perkataan-perkataan ‘moden’ demi menghakiskan pengaruh Arab, maka bahasa Melayu senang digunapakai untuk memukul orang Melayu-Islam kembali atas dasar pemerkasaan bahasa ke semua aspek kehidupan.

Saya bawakan contoh, banyak daripada buku yang berlegar di pasaran semasa sekarang lebih senang menggantikan perkataan-perkataan yang beridentitikan kearaban dengan perkataan-perkataan moden yang kontemporari dengan niat meluaskan penerimaan bahasa Melayu kepada golongan bukan Melayu. Contoh jelas, penggunaan perkataan autentik bagi menggantikan perkataan sahih kepada hadis, rekod digunakan menggantikan riwayat dan banyak lagi contoh lain.

Gaya ini bagi saya secara peribadi adalah salah satu dorongan kepada pihak bukan Melayu-Islam menggunakan cara yang sama dalam menggunakan bahasa Melayu yang sudah cetek pengaruh Islamnya demi memperluaskan agama masing-masing.

Pun, saya tidak menghukum pihak yang mengamalkan gaya berbahasa demikian sebagai perosak mahupun pencemar unsur Islam dalam bahasa Melayu. Tidak sekali-kali. Itu juga merupakan salah satu daripada usaha merencamkan pendekatan dakwah yang mana mungkin dari satu sudut lain boleh dilihat sebagai mengurangkan ketakutan pembaca kepada istilah Arab dalam usaha membawa Islam kepada mereka melalui bahasa Melayu. Cuma, saya secara peribadi tidak nampak apa rasionalnya pendekatan sebegitu digunakan. Saya berhemat, Islam dan Arab tidak perlukan pemisahan kerana dalam bahasa apa pun Islam dirujukkan, semuanya akan kembali kepada Al-Quran yang berintipatikan sari bahasa Arab.

Sekadar saya mahu bertegas dalam tulisan ini akan buah fikiran saya bahawa bermula dengan konflik perebutan kalimah ini, kita sebagai penutur bahasa Melayu beragama Islam harus lebih terdorong untuk kembali ‘mengislamkan’ bahasa Melayu. Ini sekali-kali tidak akan menghalang golongan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam daripada menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap aspek kehidupan. Setidaknya, cara ini akan mengurangkan kesesuaian bahasa Melayu dalam penggunaan ajaran agama lain.

Memang saya harap bahasa Melayu terus didaulatkan, diperkasakan dan dimesrakan dalam hati nubari setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau keturunan. Selamanya keinginan ini tidak akan padam. Tetapi saya ralat apabila ‘hak eksklusif’ Islam kepada bahasa Melayu semakin berkurang secara tidak sedar apabila penggunaannya diluaskan atas usaha memukul umat Islam secara terus ataupun berselindung. Memang dari sudut perundangan tiada hak eksklusif bagi Islam atau apa-apa agama pun kepada apa-apa bahasa, dan bahasa Melayu bukan hanya untuk umat Islam sebaliknya untuk semua. Akan tetapi saya tidak mahu kekuatan bahasa Melayu sebagai alat dakwah terjejas kerana sikap Melayu sendiri yang tidak tahulah mudah lupa ataupun apa, yang melupakan hak umat Melayu-Islam untuk terus mempergunakan bahasa demi agama.

Pada saya, sastera Melayu juga jika semakin dipisahkan dengan unsur Islam kelak akan dimesrai dengan unsur agama lain yang mana kita semua tahu banyak perkataan bahasa Melayu sendiri adalah warisan bahasa Sanskrit yang masih ada keterkaitannya dengan agama lain. Maha esa, sekadar satu contoh. Kelak, jika tidak dapat digunakan bahasa Melayu secara terang-terangan, tidak mustahil digunakan sastera Melayu sebagai kenderaan untuk penyebaran ideologi agama lain kepada umat Melayu-Islam.

Sebagai orang Melayu, kita bangga bahasa Melayu digunakan tanpa prejudis tetapi sebagai orang Islam kita rasa terancam.

Berbeza Pandangan
KEBELAKANGAN ini saya kerap berbeza pandangan dengan orang di sekeliling. Apa yang saya fahami dan apa yang saya fikirkan sebagai wajar, tidak pula dilihat dari sudut pandang yang sama dengan orang yang saya hadapi.

Sebagai seorang yang mempunyai ruang perhubungan yang terbatas, pandangan-pandangan saya biasanya terkongsi bersama khalayak yang rapat sahaja. Saya tidak berada dalam mana-mana medium penyiaran yang luas capaiannya, kecuali blog ini – yang juga tidak dikunjungi ramai pembaca.

Dahulu dengan ketua di tempat saya bekerja, saya sering berbeza pandangan. Ketua saya yang dahulu juga bukanlah orang yang mudah menerima pandangan saya (atau mungkin orang lain juga), kerana sebagai pengemudi sebilah sayap dalam organisasi beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam sebarang keputusan. Saya iyakan sahaja apa mahunya walaupun sering amat saya lakukan dengan rasa yang berat. Natijah kepada hal itu, saya jadi kurang berhubungan mesra di luar formaliti kepejabatan dengannya.

Sebagai perbandingan, sering juga staf di bawah seliaan saya berbeza pandangan dengan apa yang saya mahukan. Jika tidak berfikir panjang, selalu juga saya mengikut resam ketua saya dengan bertahan kekal kepada apa yang saya mahukan sahaja. Ya, saya gagal di situ apabila saya perasan staf saya menerima sebahagian daripada apa yang saya katakan dan meninggalkannya apabila di belakang saya.

Sering juga apabila saya mencetuskan sebuah fikiran yang berbeza daripada apa yang telah disogokkan oleh orang yang saya hadapi, saya dilihat sebagai mengkritik ataupun mungkin menimbulkan provokasi. Seperti yang pernah saya petik di sini sebelum ini, satu perkara berkenaan kebebasan bersuara ialah sekalipun anda bebas menyuarakan pandangan, tetap anda perlu mengiktiraf kebebasan bersuara pihak lain yang mana anda tidak bersetuju dengannya. Dalam hal ini, mengiktiraf secara berlapang dada.

Bagi saya secara peribadi, saya tidak ralat dengan perbezaan pendapat orang lain kalaupun itu secara total berbeza dengan apa yang saya terima selama perbezaan itu dirungkaikan dalam cara yang berhemah. Ini juga pernah saya perincikan sedikit di sini. Setidaknya, itu boleh buat kita berfikir tentang apa yang difikirkan oleh orang yang kita tidak tahu bagaimana sudut pandangnya terhadap sesebuah konteks.

Apabila seseorang melahirkan buah pandangnya (dalam kes ini, buah pandang yang berbeza dan provokatif), jika tidak dilihat secara berlapang dada mudah sahaja seseorang itu tergambar sebagai tunjuk pandai dan seolah-olah mahu mempamerkan intelektualiti tidak bertempat. Padahal si pemberi pandangan telah pun menyumbang kepada satu perkongsian wacana yang membuka ruang mencari titik pewajaran secara sihat. Jika pula si pemberi pandangan itu tersasar tajuk daripada apa yang dibincangkan dari awal, maafkanlah sahaja.

Ada rakan-rakan yang saya hadapi, apabila saya utarakan satu bentuk pandangan yang berbeza maka dengan profesional mereka terima (kalaupun tidak bersetuju), dan kemudian dalam cara yang tidak menyinggung sesiapa mereka berikan pula apa sebenarnya yang difikirkan. Jika saya salah, maka saya faham saya sedang salah. Percambahan fikiran jadi lebih sihat.

Ada pula dengan terang-terang menzahirkan pada raut wajah, dengan mata berair, dengan suara yang meninggi dan lebih lagi akan berlaku provokasi atau serangan peribadi padahal yang dibincangkan sebelum itu adalah hal yang tidak bersangkut paut dengan ‘awak atau saya’. Hal orang lain, hal negara, hal semasa semuanya untuk diperbincangkan dengan berlapang dada. Hal politik kepartian juga sepatutnya begitu, selama kita bukanlah orang yang berjuang di dalam parti politik itu sendiri.

Pokoknya, perbezaan pandangan bukanlah satu kerosakan. Dalam hal agama sekalipun, apabila pihak berautoriti dalam bidang agama dengan kecendekiaan masing-masing mula berbeza pandangan, orang yang tidak memiliki ilmu setinggi itu diberikan kebebasan untuk menilai dan menerima mana-mana satu daripada pandangan itu selama masih tidak berlawanan secara nyata dengan Al-Quran mahupun sunnah.

Perkembangan terkini, dalam negara kita kecoh di sana sini apabila ramai yang berbeza pandangan mengambil pendekatan melatah dengan pandangan pihak lain. Dalam sorotan yang mungkin berkepentingan, hal yang boleh diselesaikan secara aman pun dipolemikkan dan dipolitikkan. Sehingga seolah-olah tergambar bahawa perbezaan pandangan perlu dikekang untuk kemaslahatan umum.

Sudahnya nanti akan ada ramai yang menerima bahawa untuk terus aman, tenang, berjaya dan kaya perlu menurut dan mengiyakan. Apabila ada yang berlawanan maka itu yang perlu ditentang. Harap-harap itu tidak berlaku, dan kalaupun sudah berlaku harap-harap tidak akan terus menerus memburuk.

Saya cuma boleh berharap kerana saya percaya, pebezaan pendapat itu satu rahmat selama ia dilandaskan dengan cara yang sebenarnya.

Sesat Dalam Kasih dan Tanggungjawab
SAYA maknakan kasih dan tanggungjawab dalam dua kefahaman yang berbeza. Rasa kasih mekar disebabkan rasa rapat dan mahu. Kaitan emosi (boleh dibaca sebagai nafsu) dengan kasih sayang amat kuat. Tanggungjawab pula sesuatu yang hampir sama, tetapi tidak bersekali dengan emosi.

Saya tidak tahu jika keduanya memang asal wujud secara bersama, cuma yang saya sedar ada saatnya pemisahan yang wajar perlu dan boleh dilakukan ke atas keduanya. Untuk terus mengasihi dan untuk bertanggungjawab. Untuk berperilaku atas dasar kasih dan untuk berperilaku atas dasar tanggungjawab.

Apa sahaja yang dilakukan jika ada bersamanya emosi, maka yang mudah akan jadi rumit. Setidaknya jadi mengelirukan. Kewajaran pemikiran adalah berasas kepada nilaian betul salah dalam fikiran berdasarkan panduan dan daya fikir, yang pada masa sama diganggu secara tekal oleh emosi.

Saya diberitahu oleh seorang rakan, manusia lahir tanpa akal. Yang mengiringi kelahiran seorang bayi adalah nafsu. Paling ringkas untuk diperhatikan, nafsu makan. Selari dengan pertambahan usia, nafsu akan berkembang, maju dan bercambah ke tahap-tahap tertentu.

Nafsu itu panduan terbaik untuk mencari kesesatan. Akal manusia hanya akan wujud dan terbentuk dengan saranan wahyu, yang mana jika tidak disekalikan wahyu dalam pewajaran fikiran maka mustahillah nafsu dapat ditidakkan.

Seperti yang telah saya maknakan di atas, kasih itu berkadaran dengan nafsu dan tanggungjawab pula tidak. Mencari tanggungjawab dalam jalinan kasih akan diganggu dengan emosi yang bertelingkahan dan boleh membawa kepada kekusutan yang tidak terlerai.

Kekusutan itu, hanya akan terlerai dengan saranan wahyu. Cuma wahyu, tiada pilihan.

GST: Kami Mahukan Manfaat
SAYA yang tidak banyak mengamati ilmu dan persekitaran ekonomi disapa oleh seorang sahabat dengan rasa kalut terhadap pengenalan cukai perkhidmatan dan barangan (GST), yang diura-urakan akan dilaksanakan oleh negara. Saya mendengar dengan kritis setiap keluhannya dan cuba memahami bahawa ini adalah reaksi terkejut seorang rakyat Malaysia yang tidak dicerahkan dengan penjelasan secara adil kepada tindakan dan dasar yang akan dilaksanakan oleh pihak berautoriti.

Daripada kebimbangan sahabat saya ini, dapat saya lihat dia sebagai seorang model rakyat Malaysia kelas pertengahan yang tinggal di ibukota, juga memiliki ilmu ekonomi pada kadar minima seperti amnya keadaan rakyat biasa lain, yang tidak semena-mena ingin berprotes terhadap keputusan pihak atasan atas rasa tidak puas hati dan rasa tertindas.

Sebutnya, apabila GST diperkenalkan maka setiap barangan (yang tidak dikelaskan secara jelas) akan dikenakan cukai. Setiap rakyat kaya atau miskin akan perlu membayar harga lebih kepada setiap barangan yang dibeli. Harga barangan secara pukal akan meningkat, rakyat jadi makin tersepit, kerajaan semakin untung dan tidak pula rakyat merasai kesan keuntungan kerajaan itu.

Ditambah pula dengan keadaan semasa di mana ura-ura tarif elektrik akan dinaikkan, ketiadaan (pengurangan?) bonus akhir tahun untuk kakitangan awam kerana keadaan ekonomi semasa, harga barang keperluan yang meningkat kesan daripada kenaikan harga minyak yang tidak turun-turun, harga hartanah (lebih-lebih lagi di ibukota) yang akan terus menuju ke tahap mustahil dimiliki rakyat berpendapatan rendah, maka kebimbangan sahabat saya ini nampak asasnya.

Dihuraikan keadaan negara lain yang mengamalkan GST dalam keadaan banyak kemudahan untuk rakyat diberikan percuma termasuk aspek kesihatan dan pendidikan sehingga rakyat dapat merasai sumbangan GST itu demi manfaat mereka secara keseluruhan. Ini semua yang saya dapat daripada seorang sahabat biasa, yang seperti juga ramai sahabat lain yang berminat mengambil tahu perkembangan persekitaran dan tidak kurang juga sering mengharapkan manfaat daripada setiap yang berlaku.

Saya memahami setiap yang berlaku, sama ada secara semulajadi ataupun kerana tindakan pihak tertentu, ada kebaikan dan keburukan yang boleh disesuaikan dengan keadaan diri secara peribadi. Ini tidak semestinya sama terhadap seorang berbanding seorang yang lain.

GST seperti yang dilaporkan media dikhabarkan sebagai bukan cukai baharu sebaliknya merupakan juga cukai jualan yang sedia ada, tetapi dalam bentuk yang diperluaskan kepada kelompok yang lebih besar. Daripada satu sudut pandangan, dilihat kelompok yang membayar cukai adalah kelompok yang layak dan kelompok yang tidak layak terlepas daripada dikenakan cukai walaupun menikmat perkhidmatan dan barangan yang sama. Media melaporkan, golongan pembayar cukai adalah golongan yang kecil berbanding keseluruhan rakyat dalam negara.

Media juga melaporkan jaminan kerajaan bahawa barangan keperluan seperti makanan, pertanian, pendidikan dan kesihatan tidak termasuk dalam kategori yang dikenakan GST. Untuk ini, sekurang-kurangnya sahabat saya tadi sudah tidak perlu bertegang urat menzahirkan rasa tidak puas hati jika maklumat ini sampai kepadanya sejajar dengan ura-ura pelaksanaan GST ini mencecah telinganya. Dia yang saya maksudkan ialah perlambangan rakyat, yang mana kita sendiri pun jika berminat dengan perkembangan persekitaran semasa yang mengesankan mana-mana aspek kehidupan seharian akan berminat mendapatkan maklumat melalui perbincangan dan perbualan sesama sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan. Ini dinamakan spekulasi.

Yang membangkitkan kebimbangan tidak lain adalah salah faham dan rasa tidak puas hati disebabkan oleh kekurangan maklumat dan penjelasan. Melalui media juga, saya dapati GST akan diperkenalkan pada akhir suku ketiga 2011 – satu waktu yang bukanlah dekat. Apabila tidak faham, dan diselarikan dengan kepincangan yang ada terpalit pada mana-mana isu negatif tentang dasar kerajaan maka rakyat dengan cepat mahu melatah.

Saya secara peribadi memahami, jika ini adalah amalan kebanyakan negara maju dan diterima secara adil oleh masyarakat lain maka keperluan untuk melaksanakannya bukanlah dikira keputusan yang silap – selama pelaksanaannya memberikan manfaat sama seperti yang diuar-uarkan sebelum dilaksanakan. Yang akan menjadi isu, bagaimana cukai yang dikeluarkan (baca: peningkatan pendapatan kerajaan) akan dipulangkan dalam bentuk yang ketara dan dirasai oleh rakyat biasa.

Itulah antara bentuk penjelasan yang perlu dibuat secara menyeluruh, buat meningkatkan kefahaman kami si hamba rakyat tentang sebarang dasar yang tuan sebagai pihak lebih atas ingin laksanakan atas kepentingan nasional. Setidaknya, rakyat tidak berspekulasi bilamana maklumat jelas dan terperinci tersedia secara terbuka dan ikhlas untuk difahami (dan kalau mungkin cuba disalah-fahamkan pula oleh mana-mana pihak).

Antara yang wajar kami tahu termasuk perincian manfaat GST kepada rakyat biasa, pihak yang mendapat keuntungan daripada GST, jaminan kerajaan bahawa tidak berlakunya kesempitan kepada rakyat apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, dan semua perkara positif yang mungkin menafikan spekulasi kebimbangan rakyat. Lebih-lebih lagi rakyat mahukan peningkatan taraf hidup supaya tidak terbeban dengan persekitaran yang tidak berkadaran langsung dengan pendapatan di dalam poket. Maksud di sini, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bukan golongan minoriti di Malaysia.

Supaya kami tidak perlu berspekulasi dan tidak pula dihasut supaya mempercayai spekulasi.

Bermain Dengan Jenaka
SAYA tekuni sebuah tulisan, belum pun habis baca namun sudah berlarian butir akal yang mahu saya catatkan semula sebelum saya lupa. Ini berkenaan hal membangkitkan cerita ceria dalam interaksi, lebih-lebih lagi dalam hal berhubung dengan manusia yang bekerja bersama-sama kita.

Saya pernah (dan masih) mengenali seorang teman, yang boleh saya katakan mewah dengan jenaka. Akan hal yang kecil pun boleh diceriakan dengan jenaka yang selalunya (kalau pun tidak semuanya) mengesankan dan memaniskan suasana. Ini secara langsung membuatkan mesej yang terutara dalam situasi tersebut menjadi lebih mengesankan orang lain yang turut berada dalam situasi itu.

Pada saya berjenaka itu satu bakat, tetapi bukanlah bakat yang tidak boleh dipelajari. Saya maknakan berjenaka dalam konteks menggunakan humor secara bijaksana dalam sesuatu interaksi bersama manusia lain. Ini bertujuan membantu membangkitkan suasana ceria tanpa menjejaskan nilai serius pada mesej yang disampaikan lewat situasi yang sama. Berjenaka ini juga bukan sama sekali membawa maksud berlawak – yang boleh diumpamakan seperti lawak kering seorang badut.

Pernah juga teman saya yang seorang ini berpesan, seputar bakat dirinya yang kami puji ketika sedang bersarapan di satu meja beramai-ramai. Katanya, sungguhpun pada waktu anda sedang diketawakan akibat sindiran, maka jenakakan sahaja sindiran itu supaya lebih menyindir daripada sindiran yang asal. Ini merupakan bentuk tindakan bela diri yang baik, dalam menepis rasa aib sebaliknya meneutralkan dalam bahak-bahak ketawa orang lain.

Kami pernah beramai-ramai berlama-lama di satu meja selepas makan tengahari padahal warung itu sesak dengan pengunjung yang tidak cukup meja. Kami tidak perasan kerana waktu itu kami sedang ketawa besar dengan jenaka sang teman ini, berkenaan bas mini. Tiba-tiba, datang beberapa pelanggan kedai dengan pinggan dan cawan di tangan menegur, “Sudah selesai atau belum? Kami pun nak masuk ke pejabat juga.”

Maknanya, mereka mahu duduk di meja kami itu memandangkan kami cuma bermalas-malasan di meja setelah selesai menjamah hidangan. Saya waktu itu rasa sangat terkesan dengan teguran seperti itu di hadapan awam, apatah lagi memang jelas salahnya kami di situ. Sebaliknya teman saya ini terus menyambung jenakanya tentang bas mini dengan menjerit kuat, “Hah, sila-sila. Boleh masuk lagi, duduk, duduk!” dengan gaya konduktor bas.

Kami yang masih menyimpan ketawa di dalam mulut, terus gelak dan bangun dari meja itu dengan ketawa yang masih berbaki. Rasa-rasa, kami sudah selamat daripada rasa tersindir di hadapan awam dengan teguran itu. Dalam contoh situasi ini, orang yang menegur tadi mungkin rasa tersindir sama tetapi di sini terlihat jenaka boleh disesuaikan untuk menyelamatkan ego diri daripada tercicir jatuh ke kaki orang lain. Ya betul, ini bukanlah jenis jenaka yang sopan kerana membuatkan orang lain pula berasa jengkel.

Dalam satu cerita, ada seorang lelaki yang ingin memberi ucapan di hadapan khalayak. Tiba-tiba, kertas ucapannya tercicir dan bertaburan. Sedang itu, dia terbersin pula dalam keadaan mikrofon sudah sedia tersangkut pada baju. Elok sahaja dia mengutip kertas ucapannya, dan ingin memulakan sesi, mikrofon pula berkeriau menjerit nyaring. Jelas, itu satu permulaan yang gagal terhadapnya dalam sesi ucapan itu.

Setelah keadaan kembali terkawal, dia pun memulakan kata, “Jadi, bagaimana persembahan saya setakat ini?” Hadirin berasa lucu dan hal itu menamatkan rasa gagalnya terhadap kawalan suasana. Ucapan dapat disambung dengan sempurna selepas itu. Ini contoh yang lebih sopan darihal menggunakan jenaka dalam menutup rasa aib terhadap kesilapan sendiri.

Boleh saya katakan jenaka yang baik itu bersifat seperti andaman. Ia mencantikkan keburukan supaya pengamatan terhadap kekurangan dapat dialihkan. Wajah anda yang buruk, kalau diandam tebal maka pasti dilihat orang juga. Paling-paling pun orang akan berkata, ‘Wah merahnya gincu!’ atau ‘Fuh, bulu mata plastik!” Mungkin tiada lagi orang yang sibuk perhatikan jerawat batu ataupun hidung yang kembang pada wajah.

Sama halnya apabila kita telah lakukan kesilapan, untuk mengalihkan aib itu daripada pengamatan orang, jenaka adalah rahsianya. Saya memetik kata-kata ikon (yang agak dikenali) ini seperti berikut, “Apabila anda mentertawakan diri sendiri, maka orang lain akan berasa selesa untuk turut ketawa bersama anda.” Dalam hal teman saya yang saya ceritakan di atas, beliau mahir amat dalam mentertawakan dirinya sehingga orang lain turut tertawa apakala beliau tersindir di hadapan khalayak.

Pada saya, itu satu bakat. Tetapi bukanlah bakat yang tidak boleh dipelajari. Jenaka yang bijaksana, adalah juga kunci kepada kawalan suasana dan kawalan manusia secara lembut dan mengesankan. Jika saya ada lebih waktu, saya kupaskan lagi pandangan ini dengan rincian yang sewajarnya daripada amatan peribadi.

Kembali Memelayukan Drama
SAYA tidak ada pengetahuan dalam ilmu seni visual, seni filem atau apa yang berkaitan dengannya. Entah apa sebabnya, memang saya tidak teruja dengan filem, drama, televisyen atau tayangan perdana cerita di pawagam. Kalau sudah ditonton, maka tontonlah sahaja dan kalau tidak tertonton, tiada rasa apa-apa.

Pernah juga saya cuba-cuba menonton wayang sebanyak tiga kali suatu waktu dahulu, tetapi itu tidak memberikan sebarang rasa suka ataupun rasa tidak suka. Sekali daripada tiga kali itu adalah pada waktu memonteng kelas hujung minggu sendirian kerana tiada jawapan yang boleh diberikan kepada pensyarah setelah tiada akal mahu siapkan tugasan. Itu pun kebetulan dalam perjalanan pulang, melintasi satu kompleks beli belah yang kelihatan mengujakan buat melepaskan rasa tegang yang bersarang.

Selepas itu saya barulah saya faham bahawa praktis tersebut rupa-rupanya tidak meredakan sebarang ketegangan.

Sebab yang lain saya tidak teruja dengan filem ataupun drama ialah kerana tidak berapa pandai menangkap unsur pelajaran yang dapat diambil daripada apa yang dipersembahkan. Semuanya hanya seperti satu hiburan yang selepas habis, maka habislah. Lebih teruk jika ia cerita Melayu yang dijayakan oleh Melayu yang lupa bahawa ada penonton seperti saya di dunia ini – yang mual dengan persembahan tanpa jiwa keagamaan dan sosiobudaya kemelayuan sebenar.

Saya menganggap pembikin filem dan drama Melayu masih berfikiran bahawa realiti kehidupan masyarakat adalah visual terbaik bagi dipertontonkan kepada khalayak supaya khalayak sedar akan betapa pincang dan kucar kacirnya hakikat sebuah realiti. Padahal saya pula berfikiran filem dan drama sepatutnya mendidik dengan mengeksploitasi medium hiburan buat memperbetulkan pendirian jiwa penonton secara tidak sedar.

Contoh mudah, menghidupkan realiti kerosakan budaya kehidupan remaja dengan motif supaya penonton tidak memilih jalan hitam, sebenarnya secara tidak sedar memperjelaskan kewujudan elemen tersebut kepada pengamatan penonton yang bukan semua menonton untuk belajar. Paling tidak, elemen negatif yang dipaparkan akan melekat dalam ruang minda penonton kerana itu lebih jelas daripada moral yang menuntut pemahaman.

Apa yang dilihat tentu lebih mudah diingati. Melihat perempuan berkemban, aksi peluk cium, merempit, rambut hijau kuning, berpakaian tidak sopan, tipu menipu, umpat mengumpat semua itu mudah meresap dalam sudut minda penonton kalaupun akhiran cerita tersebut penjahat mati, hero dapat kekasih ataupun semua watak insaf.

Ah, bohonglah kalau tidak mengaku dalam diri setiap manusia ada sisi hitam yang jika dicuit mencanak ia hidup. Rangsangan filem sepatutnya dengan niat menenggelamkan sisi hitam manusia ini, yang mana kalau ia terpendam biarkan ia pengsan. Kalau ia sedang hidup, sebaiknya lumpuh seluruh upayanya.

Baik, tulisan saya ini bukan untuk mencerca atau mengkritik drama atau filem Melayu di layar perak ataupun di kaca televisyen kerana saya sedar, saya tiada pengetahuan untuk mengkritik atau merendahkan semua itu. Apa yang paling layak saya perbuat ialah dengan berkata saya tidak suka.

Cuma keadaannya berbeza dengan drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3. Saya boleh katakan siri tersebut merupakan suatu bentuk pencerahan kepada budaya Melayu-Islam yang malap dalam kebanyakan siri tv Melayu kebelakangan ini. Ada yang berkata itu cuma rangkaian plot tipikal sebuah cereka Melayu biasa, tetapi bagi saya tidak.

Itulah sepatutnya dasar kepada kesantunan skrip bagi sebuah drama Melayu di mana identiti, adat dan budaya kemelayuan menjadi asas kepada sebarang konflik realiti yang juga ditonjolkan. Saya sendiri tidak tahu apakah masih ada kehidupan Melayu yang seperti itu dalam zaman ini, tetapi itulah yang perlu disogokkan kepada penonton yang sekarang semakin asyik dengan cereka yang rapuh dengan ruh dan semangat budaya dan agama.

Sungguh, bukan saya mahu katakan drama itu suci dan tidak pincang seinci pun. Saya perasan, seperti mana filem Ayat-ayat Cinta yang menghidupkan baris-baris plot novel Islami, tetap unsur Islam wujud seperti kosmetik. Ini di mana wataknya ditonjolkan patuh pada hukum yang sebenar, tetapi tidak pelakon. Dalam ayat mudah, watak-watak pandai menjaga aurat dan pergaulan dalam adegan, tetapi kita penonton faham di sebalik lakonan itu, para pelakon tetap mengesampingkan hukum apabila membawa watak mahram yang berpelukan.

Setidaknya, itu kelihatan pada pandangan manusia yang masih mahu berfikir. Bagi yang tidak sempat berfikir kerana terhibur dengan keindahan seni visual, adunan plot dan skrip yang memukau, unsur-unsur kesucian yang diangkat dan moral berlandaskan adat, budaya yang selari dengan agama, pasti merakam banyak kebaikan dalam minda walaupun secara tidak sedar.

Seperti mana mereka yang menonton cerita-cerita negatif yang membawa akhiran yang menginsafkan, keinsafan itu belum tentu menghakis paparan negatif yang mengujakan sepanjang perjalanan cerita itu. Apatah pula manusia yang dilengkapi dengan sisi hitam yang tersembunyi memang suka amat perkara begitu walaupun pada luarannya menolak. Maksud saya, manusia daripada kalangan sasaran penonton filem tersebut. Sudah tentu secara logiknya filem yang menunjukkan jalan hitam tidak disasarkan pada penonton yang ahli agama.

Saya berharap promosi percuma yang saya berikan ini akan dapat menarik ramai lagi orang menonton Nur Kasih, dan memberikan rating yang tinggi kepada drama ini. Maka jika drama sebegini mendapat sambutan, tentu banyak penerbit di luar sana akan tercuit untuk sama-sama cuba membuat lebih banyak drama dan filem yang seperti ini.

Sungguh saya semakin muak dengan cerita seram, hantu keliwon atau apa-apa bentuk saduran idea daripada populariti cerita hantu Korea, yang kononnya diadun dengan intipati tempatan dengan hantu-hantu daripada cerita karut orang dahulu. Tolonglah, semua itu tidak membina apa-apa dalam pemikiran penonton yang sepatutnya disajikan ilmu. Saya muak, dan saya harap ramai orang yang sama muak seperti saya.

Cukup.

Bertanam Ragu, Membuah Haru
LEWAT kebelakangan ini, saya semakin selalu dicuit rasa skeptikal dengan banyak manusia. Barangkali tabiat suka meragui adalah sifat percuma yang wujud dalam diri setiap insan. Entah bagus atau tidak, tetapi selalu amat perkara ini memberikan kesan yang jengkel.

Entah pertolongan rakan benar tulus atau apa udang sudah bermain sembunyi. Entah staf di pejabat betul kerja atau curi tulang di belakang pintu. Entah kontraktor ikhlas bermanis muka atau cuma mahu duit sebelum kerja. Entah gadis pejabat sebelah rajin bertanya soal mengurus  manusia dengan SMS sampai ke malam atau sengaja mahu bermanja-manja. Entah seorang tua yang tiba-tiba hulurkan tangan sambil menyapa tanpa sebab memang mahu beramah tamah atau ah, entah apa niatnya.

Semuanya pun boleh diragukan kalau mahu.

Menelah perkataan dalam kepala manusia memang mustahil, dan andai yang ditelah itu benar maka memang ajaib. Menilai manusia daripada luaran juga sebenarnya bermain dengan perangkap. Persona yang ditunjukkan oleh setiap manusia yang berkelintaran di hadapan mata barangkali adalah camouflage yang bertujuan mengelirukan pihak lawan.

Cuma yang lebih mudah difahami, urusan hati manusia bukanlah termasuk dalam agenda tindakan manusia lain. Itu penilaian yang khusus dibuat oleh Tuhan.

Dalam satu kisah pada zaman Rasulullah (yang ingin saya ceritakan secara kasar tanpa fakta yang jelas kerana saya lupa), seorang musuh dalam peperangan yang hampir ditetak oleh seorang sahabat mengaku beriman kepada Allah. Maka sahabat itu tidak percaya lalu membunuh musuh itu.

Sampainya cerita ini ke pengetahuan Rasulullah, maka bertanyalah baginda mengapa sahabat itu tidak melepaskan musuh yang sudah mengaku beriman itu. Jawab sahabat, musuh itu mengaku beriman hanya kerana takut dibunuh, bukan ikhlas dari hati.

Maka dengan itu Rasulullah menegaskan bahawa urusan hati manusia lain adalah penilaian Allah, bukan untuk dinilai oleh manusia lain. Walau apa pun keburukan dalam hati manusia yang lain, Islam menganjurkan umatnya menilai dari aspek luaran.

Sungguh, golongan munafik yang berpura-pura tetap dilayan seperti sahabat dan bukan seperti musuh walaupun ada sesetengahnya memang diketahui oleh Rasulullah akan kemunafikannya. Ini kerana dari sudut luarannya, mereka tidak ubah seperti umat yang lain sungguhpun dalam hatinya Allah sahaja yang tahu.

Maka mengambil iktibar daripada penegasan itu, meragui niat dan hati manusia yang lain itu bukanlah perbuatan yang molek. Sungguhpun begitu, kami manusia yang miskin kekuatan tetap disahabati oleh perasaan itu yang jelek tetapi enak diperbuat. Ah, perilaku yang tidak baik memang enak apatah lagi disokong pula oleh nafsu dan syaitan yang direjam.

Tetapi kawan, berfikiran skeptikal itu barangkali molek jika didasarkan kepada tujuan berjaga-jaga. Bukan semua yang baik ditunjukkan kepada kita itu baik dari dalam isinya. Cumanya, mungkin kena dahulukan amalan berhemah dalam menghukum. Ya, manusia memang suka menghukum manusia lain walaupun tahu hukumannya tidak pernah adil.

Cukup.

*Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (banyakkan bersalawat moga beroleh berkat)

Mencedok Makna Ke Dalam Bahasa
SAYA menolak penterjemahan literal apa-apa peribahasa dari bahasa lain ke bahasa Melayu. Apa-apa peribahasa cantik dan mendalam maksudnya dalam bahasanya tersendiri, tetapi bukan apabila dibawa masuk ke bahasa lain.

Dewasa ini kita sering mendengar banyak orang mahu berfikir di luar kotak. Entah kotak apa yang mahu difikirkan, jengkel saya memahaminya. Saya lihat ini sebagai penciptaan simpulan bahasa baru dalam kamus bahasa dengan mencedok bulat-bulat makna yang digunakan dalam bahasa lain.

Sedangkan makna secara literal, langsung tidak membawa apa-apa kaitan dengan bentuk perkataan. Kita memahami frasa itu membawa maksud tersendiri dalam bahasa asalnya, tetapi jika diterjemah terus sangatlah menampakkan kemiskinan kata dan makna dalam pembentukan perumpaan bahasa Melayu.

Sepertimana peribahasa dalam bahasa Melayu jika diinggeriskan, pasti lucu bunyinya dan tidak wajar dipaksa kepada penutur bahasa Inggeris supaya memahaminya sama seperti makna dalam bahasa Melayu. Begitu juga seriusnya perkara ini kepada bahasa Melayu. Jika ia digunakan dengan maksud humor, secara sinikal ataupun atas apa-apa maksud sindiran tentulah nampak kena tetapi jika diangkat dalam penulisan formal, cara begini nampak jelas merendahkan kecendekiaan dalam berbahasa. Juga, memperlihatkan kemiskinan pada bahasa Melayu itu sendiri sedangkan bahasa Melayu mempunyai lebih banyak kata yang indah-indah untuk diperikan.

Membawa konsep dan maksud yang sama bukanlah tidak boleh dengan menggunakan bentuk kata yang lebih tepat, kalaupun tidak lebih indah tetapi biarlah membawa makna yang jelas. ‘Berfikir di luar kotak’ boleh sahaja diperikan semula sebagai pemikiran luar lingkungan, ataupun boleh sahaja diciptakan satu frasa baharu oleh pihak yang layak untuk digunapakai secara piawai.

Terdapat banyak lagi contoh yang berleluasa dalam penggunaan peribasa cedokan seperti itu jika diamati lewat kebelakangan ini. Pernah juga saya lihat frasa ‘membaca di atara baris’ digunakan padahal bagi seseorang yang tidak pernah tahu akan makna frasa itu dalam bahasa Inggeris, tentu tiada maksud tepat yang dapat diteka.

Tentu sahaja frasa itu boleh diterjemahkan semula dengan mengekalkan makna dan konsep sebenar ke dalam bahasa Melayu, dengan menggunakan sedikit perisa yang tidak secara terus bersandar kepada frasa Inggeris itu. Membaca dari lapisan makna, sebagai contoh. Saya menganggap perkara ini sebagai mengurangkan kemandirian bahasa Melayu apabila jika mahu difahami maksud frasa tersebut, perlu difahami terlebih dahulu frasa asalnya dalam bahasa Inggeris.

Pencedokan mana-mana elemen dalam sesuatu bahasa ke bahasa lain bagus dalam memperkayakan bahasa, tetapi harus juga dijaga keindahan semulajadi bahasa itu yang mungkin terjejas apabila frasa-frasa melucukan diguna secara meluas, atas dasar taksub terhadap dominasi bahasa lain dalam paradigma penuturnya. Dalam hal ini, apa yang saya peduli ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ya, saya faham sastera tidak memainkan peranan penting dalam minda teknokrat (barangkali), tetapi sastera juga satu seni. Nilai keindahan dalam seni tidak wajar dipudarkan atas alasan peredaraan zaman, sedangkan seni untuk dihayati dan dipelajari. Bukan untuk dievolusikan supaya sesuai dengan kehendak diri.

Cukup.